Munculnya hanya 2 kali setiap tahun, kehadirannya membuatkan ramai orang ternanti-nanti lagi bilakah ia akan kembali.Ia yang di maksudkan adalah Cendawan Busut atau lebih dikenali sebagai Cendawan Tahun, dikalangan penduduk tempatan.
“Kalau dua tiga hari hujan selepas itu panas dan hujan balik ,memang akan munculah cendawan ini, terang Mohd Razlan,25 merupakan salah seorang penduduk di sini yang memang setia mengutip hasil cendawan ini tatkala ia muncul.
“Harga dia memang mahal, sampai boleh mencecah RM15 per kg”, ujar Ahmadi, 32 merupakan anak jati Felda Besout 2 dan menetap di Sg Buluh Selangor. kehadiran cendawan ini ini amat istimewa kerana ia hanya boleh didapati di kawasan- kawasan tertentu seperti di kebun-kebun kelapa sawit dan dikawasan yang agak sejuk.
“Mungkin inilah yang orang kata rezeki terpijak, kalau masak dengan mee segera tomyam memang tak cukup satu mangkuk seorang,” Jelas saudara Ahmadi lagi.
Kewujudan cendawan ini memang membawa satu fenomena kepada penduduk di sini.Anak-anak muda berlumba-lumba bangun seawal 6 pagi untuk mencari dan mengutip cendawan ini di kawasan kebun kelapa sawit. Maklumlah, siapa cepat dia dapat. Banyak hasil,besarlah habuannya hinggakan boleh digelar Saudagar Cendawan.

memang beruntung la penduduk felda besout..
ReplyDeletecendawan ni susah untuk dijumpai di tempat lain
rasanya baru first time dengar nama cendawan ni... :)
ReplyDeletewahhh bestlah dapat rezeki mcm ni ea Alhamdulillah
ReplyDeleteSaya suka gilerr cendawan goreng! Tapi xtaw la pulak cendawan pe yang buat goreng tu..sbb saya jenis makan jer..x kaji lak cendawan jenis apa..huhu
ReplyDeletemenarik nih kena p cari kat mna2
ReplyDeletemmg rezeki terpijak...jgn dipijaknye cendawan tuh udah ler...hikhik
ReplyDeleteuikk sodap cendawan ni.. kih kih kih
ReplyDeletelama dah tak makan cendawan nie.
ReplyDeletekat kebun cf selalu tumbuh bila malam ujan ada banya kalkatu..sok pagi insyaAllah ada cendawan ni..tp hati2 bila cari..jangan sampai kutip kat kebun orglain dan xminta izin..:) thanks dtg blog cikgu fad..
ReplyDeleteuntunglaa.. nak tengok gak gambar cendawan tu dekat..hehe
ReplyDeleteGoreng tepung sodap ni..
ReplyDelete