Program Cuti Sekolah : Rekacipta Kotak


Pusat Internet 1 Malaysia Felda Besout 2 (PI1M B2) telah menganjurkan aktiviti rekacipta daripada bahan terbuang (kotak) pada 31 Mei yang lalu.
Aktiviti yang bermula pada jam 10 pagi itu menarik minat ramai kanak-kanak sekolah yang sedang bercuti. Para peserta diberikan kotak yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan peserta perlu mencipta dan menghasilkan apa sahaja yang bertemakan ‘gajet masa kini’.
Cetusan idea daripada kanak-kanak semuda 9 tahun sangat mengagumkan apabila ada yang berjaya menghasilkan replica DSLR kamera, ipad, laptop dan pelbagai lagi gajet lain yang sangat popular pada masa kini.

Aktiviti ini berjaya memberi peluang kepada para peserta menjadi seorang yang kreatif tahap infiniti dengan hasil kreativiti masing-masing. Hasil paling kreatif mendapat hadiah istimewa daripada pihak penganjur.

Program Cuti Sekolah : Mewarna Batik Mencungkil Bakat Terpendam



Pada 30 Mei yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Besout 2 (PI1M B2) telah menganjurkan aktiviti mewarna batik bersempena dengan cuti sekolah penggal kedua.
Para peserta diberi satu ‘template’ batik yang telah siap dilukis dengan beberapa motif seperti corak bunga, haiwan dan juga hidupan laut. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan pembahagian warna dalam beberapa bekas yang disediakan.
Setiap peserta diberikan masa 1 jam bagi menyiapkan mewarna batik masing-masing dan hasil yang paling kemas dan menarik perhatian juri dinobatkan sebagai pemenang.

Aktiviti tersebut dijalankan untuk memberi peluang kepada adik-adik para pelajar yang sedang bercuti mengisi masa lapang mereka. Aktiviti ini sangat memberi impak positif kepada para peserta kerana selain dapat mengisi masa lapang ia juga dapat menyerlahkan bakat terpendam yang mereka miliki.

Usahawan Sate Mukmin


Gerai makan yang dahulunya merupakan sebuah gerai ais batu campur milik seorang penerokawati, kini telah disewa oleh Saudara Zulkarnaen dan menjadikan nasi kerabu sebagai menu utamanya.

Saudara Zulkarnaen bersama isteri sememangnya telah lama berniaga nasi kerabu namun hanya berniaga di pasar-pasar hari sahaja. Kini setelah menyewa kedai tersebut, beliau dan isteri dapat berniaga secara serius pada setiap hari bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.

Pelbagai juadah turut dijual selain nasi kerabu seperti sate daging dan juga sate ayam yang diperap sendiri dengan menggunakan resepi rahsia tersendiri. Selain itu, Gerai Sate Mukmin juga menjual laksa, mee kari, mee / bihun sup dan juga mee kuah beserta pelbagai jenis minuman.


Memiliki kesungguhan yang tinggi, saudara Zulkarnaen bukan sahaja menjalankan perniagaan berasaskan makanan malah, beliau turut mengusahakan perniagaan dan tempahan percetakan baju.Banyak tempahan yang diterima dari penduduk sekitar terutamanya yang inginkan kelainan dengan menghasilkan rekaan sendiri. Untuk sebarang maklumat atau tempahan boleh terus menghubungi saudara Zulkarnaen di talian 010-5179793.

Majlis Ihtifal Peringkat Daerah Tapah


Pada 24 Mei 2014 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Ihtifal bagi peringkat daerah Tapah. Majlis tersebut adalah sekuel bagi majlis Ihtifal yang diadakan pada peringkat sekolah iaitu 2 minggu sebelum itu.

Malis Ihtifal peringkat daerah Tapah menyaksikan peserta-peserta seperti kumpulan nasyid yang mewakili sekolah agama rakyat masing-masing bertanding, peserta hafazan, marhabban, bercerita, syarahan, dan juga pertandingan menulis khat dan jawi.

Kumpulan nasyid Sekolah Agama Rakyat Nurul Huda yang mewakili Felda Besout 2 telah menjadi Naib Johan setelah Johan Berjaya dimenangi oleh peserta dari Sekolah Agama Rakyat Felda Sg Klah.


Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang itu telah dirasmikan oleh Dato’ Khusairi Bin Hj Abd Taib.

Usahawan Runcit | Encik Ahmad Aduan

Usahawan Runcit
Nama Kedai : AAMD Trading
Alamat : No. 4 Jalan Merpati,Felda Gunung Besout 2, 35600 Sungkai, Perak
No. Telefon : 013-5005364
Pemilik : Ahmad Aduan Bin Ibrahim
Mula Beroperasi : 8 April 2011
Perkhidmatan : Menjual barangan runcit