usahawanita : wanita dan GPW



 


Golongan wanita sememangnya sinonim dengan Gerakan Persatuan Wanita(GPW) sejak awal penubuhan Felda lagi. Ahli-ahlinya amat kreatif dan berinovasi tinggi dalam melaksanakan pelbagai aktiviti. Pada setiap bulan, persatuan ini akan mengadakan mesyuarat bulanan yang akan membincangkan pelbagai isu yang berhubung kait dengan golongan wanita terutamanya.
Maka, pada 4 Ogos baru-baru ini, GPW Felda Besout 2 telah mengadakan mesyuarat bulanan mereka dan turut menjemput wakil pengurusan Pusat Jalur Komuniti Felda Besout 2 untuk sama-sama hadir dalam mesyuarat tersebut.
Walaupun perlu menghadirkan diri dalam mesyuarat, golongan ini tidak melepaskan peluang dengan singgah sebentar di PJK Besout 2 bagi mendapatkan sedikit ilmu berkenaan IT.
“Biar dapat sedikit pun tak mengapa. Ilmu penting,” ujar Puan Siti Hawa yang merupakan Biro Masyarakat dalam persatuan tersebut.
Oleh yang demikian, kami pihak pengurusan PJK amat berharap agar situasi sebegini akan berterusan dari semasa ke semasa. PJK menjadi medan persinggahan bagi setiap golongan untuk mendapatkan ilmu berguna.
Hidup Jalur Lebar!