usahawan kompang : Paluan Kompang Meriahkan Suasana



kumpulan kompang Felda Gunung Besout 2


Tidak meriah rasanya jika sesebuah majlis perkahwinan tiada irama atau paluan kompang. Paluan kompang yang nyaring memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Walaupun pelbagai pilihan selain kompang boleh dipilih pada masa kini namun, masih ramai yang menjadikan kompang sebagai pilihan utama penyeri majlis perkahwinan. Di Felda Gunung Besout 2 sendiri terdapat sebuah kumpulan kompang yang diberi nama CENDERAWASIH. Kumpulan ini telah mula ditubuhkan sejak tahun 1994. Ahli kumpulan Cenderawasih ini terdiri daripada 15 orang.
Pasukan kompang ini telah terlibat bukan sahaja dalam majlis perkahwinan malah turut diundang bagi menyambut ketibaan Yang Berhormat dan ahli VIP lain. Ini kerana paluan kompang mereka yang diiringi alunan merdu suara beserta dendangan lagu terkini menambah lagi kemeriahan sesuatu majlis.
Puan Normah dan Puan Zaitol bertindak sebagai pengurus kumpulan kompang ini, telah bersama kumpulan tersebut sejak dari awal penubuhan lagi. “Walaupun ada 2,3 orang ahli yang terpaksa bertukar orang atas sebab ada antara mereka ini masih belajar tapi syukurlah masih ada anak muda yang sudi menggantikan,” ujar Puan Zaitol.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmat pasukan kompang mereka boleh lah menghubungi Puan Zaitol di talian 019-5034745 atau Puan Normah 017-6846997.