usahawan kuih muih : RAMADHAN BULAN KEBERKATAN



  


Ramadhan datang lagi dengan seribu keberkatan. Salah satu nikmat di bulan ini adalah pintu rezeki terbuka luas kepada yang bijak memanfaatkan peluang yang ada. Ramadhan amat sinonim dengan bazar yang menjual pelbagai jenis juadah untuk berbuka. Daripada sekecil-kecil kuih sehinggalah ke sebesar-besar lauk-pauk.
Seawal jam 4 petang lagi para peniaga telah memulakan aktiviti menyediakan jualan masing-masing. Memang rambang jugalah mata yang melihat pelbagai bentuk dan corak kuih-muih yang dijual. Maklumlah, nafsu bertapak di dalam diri. Namun, semuanya masih di dalam kawalan. Harga kuih-muih yang dikenakan juga amat berpatutan sekitar 30 atau 40 sen sebiji dan sekiranya membeli 3 biji pembeli akan mendapat harga RM1.
“Sambil berniaga sambil bersedekah. Itu niat makcik,” kata Makcik Zainab yang menjual pelbagai jenis kuih serta lauk.
Kehadiran Ramadhan sememangnya dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia.Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Selamat berpuasa!!!

0 komen:

Post a Comment