usahawan pergola : pergola semakin diminati




 




PENGGUNAAN pergola makin mendapat perhatian yang mampu menampilkan keunikan laman. Jika bijak menyuai padan, ia dapat disesuaikan dengan apa jenis kediaman sekali pun, walaupun ruangnya terhad.

Pergola adalah binaan yang biasa dibina di depan pintu rumah menuju ke taman depan kediaman. Minat yang amat mendalam terhadap seni bina lansdkap membuatkan seorang anak jati Felda Gunung Besout 2, Ahmad Sharim bin Che Ram, 27 , mengambil upah membuat pergola.

“Sebelum membina pergola, kita perlu tentukan keluasan laman terlebih dulu. Jika laman kita luas lebih elok membina pergola sendiri bagi memastikan bersesuaian dengan cita rasa dan ukuran laman. Binaan pergola kecil dengan laman yang luas pasti membuatkan laman kelihatan pelik dan kurang menarik,” kata Sharim.

Daya tarikan yang dihasilkan pergola buatan tangan Sharim, telah menarik minat pelbagai pihak untuk mengupah beliau membuat elemen hiasan tersebut. Permintaan yang agak baik dari komuniti Felda termasuk dari pihak pejabat felda sedikit sebanyak menyumbangkan pendapatan tambahan kepada beliau bersama rakan sekerja iaitu saudara Johari Bin Muhammad,27.

Dengan hanya bermodalkan RM70 pemilik kediaman akan mendapat hasil seni elemen landskap yang mampu membuat mata yang memandang kagum dan tergamam. “Pergola akan kelihatan lebih hidup dengan pokok menjalar. Tapi pastikan pokok itu sentiasa dipangkas supaya laman kelihatan terurus dan selamat daripada binatang berbisa,” jelas Sharim.

Mereka yang berminat jangan segan silu menghubungi beliau di 012-5087174 sekiranya berminat untuk mendapatkan khidmat beliau membuat seni bina landskap ini untuk kediaman anda. 

0 komen:

Post a Comment