usahawan kuih pau : apa pilihan anda???










 



Kaya? Kacang merah? atau daging? persoalan ini sering wujud pada sesiapa yang berminat pada kuih pau.Bermula pada 1987 di Felda Gunung Besout 2,Sungkai,Haji Shahimi bin Hj Basharudin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ali ini telah memulakan perniagaan untuk menjana pendapatan sampingan.

Pada awalnya, Pak Ali hanya sekadar berniaga pau kecil-kecilan di hadapan rumah beliau pada setiap pagi. Namun, bak kata pepatah usaha tangga kejayaan dan berpegang pada dasar itu lah yang membuatkan beliau terus gigih melebarkan sayap perniagaan pau ini dengan menjualnya dengan menaiki motosikal roda tiga ke sekeliling kampung.

“Selalunya saya bangun seawal 3 pagi untuk mengukus pau-pau yang telah disiapkan oleh isteri pada sebelah malamnya.” Jelas Pak Ali. Antara pau yang menjadi pilihan pelanggan adalah pau kaya,pau kacang merah dan juga pau daging.

Pak Ali menjual kuih pau beliau dengan harga 50 sen sebiji. Menurut Pak Ali, beliau juga menerima tempahan sekiranya terdapat sebarang majlis keramaian yang memerlukan khidmat hasil titik peluh beliau menghasilkan pau ini.

"Dengan meniaga pau ni, saya dapat juga menambah pendapatan keluarga. Walaupun tak banyak tapi saya tetap berpuas hati dengan hasil ikhlas dari hati saya apabila melihat pelanggan puas dengan pau hasil buatan saya dan isteri,” sambung Pak Ali lagi.

Kini, Pak Ali boleh tersenyum bangga kerana pada setiap pagi beliau telah mempunyai ruang niaga sendiri di kawasan pasar yang terletak di tapak Market B1 di Felda Gunung Besout 1.

Sebelum mengakhiri perbualan, Pak Ali turut berpesan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah menguhubungi beliau di talian 017-5312110 atau pun 019-5528981.Jadi, apa pilihan anda?

0 komen:

Post a Comment