usahawan pencetus anugerah cemerlang : Hasil Berkat Usaha Berterusan




Pada 17 hingga 20 Februari 2011, Kursus Pembangunan Kapasiti Fasa 2 telah diadakan di Taiping Golf Resort, Perak. Kursus yang mewajibkan semua Pengurus dan Penolong Pengurus PJK-P1 untuk menghadirkan diri ini, merupakan satu kursus yang dipantau oleh Suruhanjaya komunikasi Multimedia Malaysia dan dikelolakan oleh pihak Warisan Global Sdn Bhd.

Kursus yang berlangsung selama 4 hari, telah memberikan banyak input baru kepada ke semua penyelia PJK yang terlibat. Pelbagai slot disediakan bagi menambah baik pengetahuan dalam menyediakan diri untuk terus menjadi tenaga pengajar baik.


Kursus ini juga menyaksikan pemberian anugerah Pencapaian KPI Terbaik bagi 2010 yang telah di anugerahkan kepada PJK Felda Gunung Besout 2 yang diwakili oleh Cik Hasidah Arbain sebagai Pengurus dan Cik Norsuhana Aziz sebagai Penolong Pengurus.


Semoga pemberian anugerah ini, dapat menyuntik lagi semangat berpasukan di kalangan semua penyelia PJK P1.


Ini merupakan anugerah untuk semua PJK P1!


Hidup Pusat Jalur Lebar Komuniti P1!!