Ads 468x60px

Featured Posts

Program Cuti Sekolah : Rekacipta Kotak


Pusat Internet 1 Malaysia Felda Besout 2 (PI1M B2) telah menganjurkan aktiviti rekacipta daripada bahan terbuang (kotak) pada 31 Mei yang lalu.
Aktiviti yang bermula pada jam 10 pagi itu menarik minat ramai kanak-kanak sekolah yang sedang bercuti. Para peserta diberikan kotak yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan peserta perlu mencipta dan menghasilkan apa sahaja yang bertemakan ‘gajet masa kini’.
Cetusan idea daripada kanak-kanak semuda 9 tahun sangat mengagumkan apabila ada yang berjaya menghasilkan replica DSLR kamera, ipad, laptop dan pelbagai lagi gajet lain yang sangat popular pada masa kini.

Aktiviti ini berjaya memberi peluang kepada para peserta menjadi seorang yang kreatif tahap infiniti dengan hasil kreativiti masing-masing. Hasil paling kreatif mendapat hadiah istimewa daripada pihak penganjur.

Program Cuti Sekolah : Mewarna Batik Mencungkil Bakat Terpendam



Pada 30 Mei yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Besout 2 (PI1M B2) telah menganjurkan aktiviti mewarna batik bersempena dengan cuti sekolah penggal kedua.
Para peserta diberi satu ‘template’ batik yang telah siap dilukis dengan beberapa motif seperti corak bunga, haiwan dan juga hidupan laut. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan pembahagian warna dalam beberapa bekas yang disediakan.
Setiap peserta diberikan masa 1 jam bagi menyiapkan mewarna batik masing-masing dan hasil yang paling kemas dan menarik perhatian juri dinobatkan sebagai pemenang.

Aktiviti tersebut dijalankan untuk memberi peluang kepada adik-adik para pelajar yang sedang bercuti mengisi masa lapang mereka. Aktiviti ini sangat memberi impak positif kepada para peserta kerana selain dapat mengisi masa lapang ia juga dapat menyerlahkan bakat terpendam yang mereka miliki.