Info Laman


Selamat Datang ke Portal Pi1M Felda Besout 02



Portal Pi1M Felda Gunung Besout 02 merupakan sebuah portal interaktif yang mengandungi direktori usahawan - usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di kawasan Felda Gunung Besout 02. Selain itu, portal ini menyediakan pelbagai maklumat terkini mengenai perkembangan IKS di Felda ini. Malah, ia merupakan pusat maklumat berkaitan perniagaan serta aktiviti lain yang dijalankan di Felda Gunung Besout 2.

Tujuan penubuhan portal Pi1M Felda Gunung Besout 02 adalah untuk memberi informasi terkini mengenai IKS kepada masyarakat Malaysia selain membantu para usahawan IKS mempromosikan perniagaan atau produk tempatan bukan sahaja di Felda ini malahan ke seluruh dunia. 

Kami amat mengalu - alukan penyertaan anda ke dalam portal ini bagi memberi peluang kepada para usahawan mempromosikan perniagaan secara PERCUMA.

“Bersatu dalam Komuniti,Bertemu dalam ICT”

Ikhlas daripada,
Pengurusan Pi1M Felda Gunung Besout 02