usahawan ikan sungai : dari hobi jadi duit



 




“Memancing? Buang masa saja”. Ungkapan yang sering kita dengar. Namun, Mampukah hobi itu dikomersialkan?
Berpegang pada pepatah, “dimana ada kemahuan di situ ada jalan” membuatkan Saiful bin Isa, 27, sanggup meredah belukar, hujan panas serta turut disapa sang bedal dalam usaha memastikan trip memancing kelolaan beliau mencapai kejayaan,memenuhi kepuasan peserta.
Kekurangan fizikal tidak membataskan beliau untuk beraksi lincah dikala umpan disapa belida seberat 8.2kg di Sg Ulu Basir. “Saya memang tak pernah tertinggal setiap kali Saiful buat trip memancing. Walau tak dapat hasil, saya dah cukup kagum dengan hasil yang beliau daratkan. Memang tak mengecewakanlah”, ujar Mohd Safri, salah seorang rakan trip memancing kelolaan Saiful atau mesra dengan paggilan sifu di kalangan rakan joran beliau.
Menurut rakan-rakan pancing, Saiful memang terkenal dengan panggilan Renjer Sungai ekoran kehebatan beliau menumpaskan Sang belida, lampam,dan juga kelah. Hasil tangkapan beliau selalunya akan dijual pada tauke-tauke kedai pancing dengan harga agak tinggi. Justeru, tiada lagi istilah memancing itu hobi merugikan dan buang masa.
“Belida amat licik melepaskan diri apabila termakan umpan dan tidak mudah terperangkap. Pemancing perlu cekap mengendalikan pancing apabila merasakan Sang Belida ini telah memakan umpan. Kalau rezeki lebih memang dapat habuan lumayan,” kata Saiful sambil tersenyum puas.
Kepada kaki-kaki pancing yang berminat menyertai trip, boleh menghubungi Saiful di talian 012-3824274 / 019-4251865.Maklumat terkini tentang trip memancing terbaru juga boleh diketahui dengan singgah di laman blog beliau di http://renjersungai.blogspot.com 

1 komen:

  1. Lucky 6 Casino – Reviews, Photos & Rates
    Lucky 6 인천광역 출장샵 Casino · 1.5 mi. Downtown Denver · 2.5 의정부 출장안마 mi. Downtown Denver. 경기도 출장샵 · 3.5 mi. Boulder · 4.5 mi. Denver. 하남 출장마사지 · 5.5 광주 출장안마 mi. Downtown Denver.

    ReplyDelete