usahawan kuih muih : rezeki ramadhan


 


Ramadhan telah sampai ke pertengahannya. Setiap kali hadirnya Ramadhan, setiap kali itu jugalah id membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan. Bulan Ramadhan juga tidak lekang dengan bulan untuk menambah pendapatan sampingan.
Kehadiran Ramadhan memberi peluang kepada penduduk Felda Gunung Besout 2 untuk menjalankan perniagaan di Bazar Ramadhan pada setiap petang. Kemeriahannya mula dirasai seawal jam 4 petang apabila banyak gerai menjual pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa.
“Tahun sebelum ini juga ramai peniaga yang sama-sama memeriahkan bazaar ini. Ramai juga peniaga generasi muda felda yang turut sama berniaga pada tahun ini,” ulas En.Kamaruddin, peniaga murtabak daging.
Faktor cuaca yang tidak menentu pada sebelah petang, tidak menghalang para peniaga untuk terus mencari rezeki di bulan mulia ini. Walaupun kadangkala perlu bertarung dengan hujan,guruh dan petir,mereka tetap tabah demi menambah pendampatan keluarga.
Semoga kemeriahan dan kemewahan rezeki yang dikurniakan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita semua. Disamping melayani kemeriahan tersebut harus diingat janganlah pula kita leka dan menuruti nafsu berbelanja yang menjurus ke arah pembaziran. Berbelanjalah dengan penuh berhemah. Bersama kita mantapkan keimanan di bulan Ramadhan.