usahawan cendawan : rezeki terpijak


 

 Munculnya hanya 2 kali setiap tahun, kehadirannya membuatkan ramai orang ternanti-nanti lagi bilakah ia akan kembali.Ia yang di maksudkan adalah Cendawan Busut atau lebih dikenali sebagai Cendawan Tahun, dikalangan penduduk tempatan.
“Kalau dua tiga hari hujan selepas itu panas dan hujan balik ,memang akan munculah cendawan ini, terang Mohd Razlan,25 merupakan salah seorang penduduk di sini yang memang setia mengutip hasil cendawan ini tatkala ia muncul.
“Harga dia memang mahal, sampai boleh mencecah RM15 per kg”, ujar Ahmadi, 32 merupakan anak jati Felda Besout 2 dan menetap di Sg Buluh Selangor. kehadiran cendawan ini ini amat istimewa kerana ia hanya boleh didapati di kawasan- kawasan tertentu seperti di kebun-kebun kelapa sawit dan dikawasan yang agak sejuk.
“Mungkin inilah yang orang kata rezeki terpijak, kalau masak dengan mee segera tomyam memang tak cukup satu mangkuk seorang,” Jelas saudara Ahmadi lagi.
Kewujudan cendawan ini memang membawa satu fenomena kepada penduduk di sini.Anak-anak muda berlumba-lumba bangun seawal 6 pagi untuk mencari dan mengutip cendawan ini di kawasan kebun kelapa sawit. Maklumlah, siapa cepat dia dapat. Banyak hasil,besarlah habuannya hinggakan boleh digelar Saudagar Cendawan.