usahawan tudung : Kreativiti Mempelbagaikan Gaya

 

 
 jemputan khas : saudari awin




Tudung atau hijab bukan lagi sesuatu yang janggal dalam kehidupan seharian. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang berorientasikan kampung, pemakaian tudung sudah menjadi satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh golongan wanita. Dengan kemajuan arus globalisasi kini, tudung mahupun selendang dapat digayakan dengan pelbagai gaya yang menarik. Kalau dulu pemakaian tudung mahupun selendang hanya dikaitkan pada gadis-gadis kampung sahaja,namun kini situasi itu tidak lagi relevan. Pelabagai jenis atau bentuk tudung dijual di pasaran kini selaras dengan permintaan golongan pemakainya.

Selendang atau tudung yang menjadi pilihan ramai wanita pada masa kini adalah jenis Syria pakai siap kerana ia amat mudah tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk dikemaskan. Hanya perlu menyarungkannya ke muka dan dikemaskan mengikut keselesaan pemakainya dan siap sedia untuk digayakan.



Ditambah dengan kemudahan ICT kini, ia amat membantu golongan wanita dalam mempelbagaikan teknik pemakaian tudung. Hal ini kerana golongan ini dapat mendalami teknik-teknik terkini dalam penggayaan tudung hanya dengan menggunakan kemudahan di hujung jari. Malah mereka juga boleh membeli tudung atau selendang ini secara atas talian.


Namun, kreativiti merupakan tunjang kepada kepelbagaian teknik penggayaan tudung mahupun selendang ini. Hanya perlu menggunakan jumlah tudung atau selendang yang sedikit ditambah dengan kreativiti, si pemakai akan kelihatan anggun dan bergaya. Kini tiada lagi alasan untuk tidak tahu mengenakan tudung mahupun selendang.


~ Cintailah hijab /selendang/tudung demi kesejahteraan mahkota wanita ~!

0 komen:

Post a Comment