Pusat Internet 1 Malaysia Felda
Besout 2 (PI1M B2) telah menganjurkan aktiviti rekacipta daripada bahan terbuang
(kotak) pada 31 Mei yang lalu.
Aktiviti yang bermula pada jam 10 pagi
itu menarik minat ramai kanak-kanak sekolah yang sedang bercuti. Para peserta
diberikan kotak yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan peserta perlu
mencipta dan menghasilkan apa sahaja yang bertemakan ‘gajet masa kini’.
Cetusan idea daripada kanak-kanak
semuda 9 tahun sangat mengagumkan apabila ada yang berjaya menghasilkan replica
DSLR kamera, ipad, laptop dan pelbagai lagi gajet lain yang sangat popular pada
masa kini.
Aktiviti ini berjaya memberi peluang
kepada para peserta menjadi seorang yang kreatif tahap infiniti dengan hasil
kreativiti masing-masing. Hasil paling kreatif mendapat hadiah istimewa
daripada pihak penganjur.
0 komen:
Post a Comment