Program Cuti Sekolah : Mewarna Batik Mencungkil Bakat Terpendam



Pada 30 Mei yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Besout 2 (PI1M B2) telah menganjurkan aktiviti mewarna batik bersempena dengan cuti sekolah penggal kedua.
Para peserta diberi satu ‘template’ batik yang telah siap dilukis dengan beberapa motif seperti corak bunga, haiwan dan juga hidupan laut. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan pembahagian warna dalam beberapa bekas yang disediakan.
Setiap peserta diberikan masa 1 jam bagi menyiapkan mewarna batik masing-masing dan hasil yang paling kemas dan menarik perhatian juri dinobatkan sebagai pemenang.

Aktiviti tersebut dijalankan untuk memberi peluang kepada adik-adik para pelajar yang sedang bercuti mengisi masa lapang mereka. Aktiviti ini sangat memberi impak positif kepada para peserta kerana selain dapat mengisi masa lapang ia juga dapat menyerlahkan bakat terpendam yang mereka miliki.

0 komen:

Post a Comment